Perlindungan


PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN
1.       Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2.       Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
·         Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
·         Terjumpa sesuatu di atas tanah.
·         Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3.       Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4.       Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5.       Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
6.       Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7.       Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8.       Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9.       Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10.   Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.


      Ayat al-Kursi mengandungi pelbagai rahsia, hikmat dan faedah. Allah s.w.t. memberi ganjaran dan anugerah yang tidak terkira di dunia dan akhirat  kepada mereka yang membaca ayat ini dengan betul, ikhlas, penuh khusyuk dan berterusan menjadikannya sebagai satu amalan. Andainya ayat ini dibaca di dalam rumah, Allah s.w.t. akan member keberkatan kepada rumah tadi. Allah akan memelihara rumah tersebut serta penghuninya, jiran-jiran dan rumah disekelilingnya daripada dihampiri oleh kejahatan, sama ada kejahatan manusia atau hantu syaitan.

Dari Muhammad bin al-Hanafiyah bahawasanya ia berkata: Apabila turun ayat al-Kursi, bergegarlah setiap berhala didunia, begitu juga setiap raja dalam dunia dan jatuhlah mahkota-mahkota dari kepala mereka. Syaitan lari bertempiaran, berlanggaran sesama sendiri, lalu mereka berkumpul menemui iblis dan memberitahu hal yang berlaku. Iblis menyuruh mereka semua mencari puncanya. Mereka semua tiba ke Madinah dan mendapati sesungguhnya ayat al-Kursi telah diturunkan.

(Buku : Fadilat Ayat al-Kursi untuk Mengatasi Sihir , yang dihasilkan oleh DR.Amran Kasimin & PROF. Dato’ DR. Haron Din boleh didapati dikedai buku agama yang berdekatan)